
N97 Mini memang sedang hangat diperkatakan dan mungkin menjadi idaman bagi yang ingin memiliki telefon yang dikategorikan sebagai ‘smartphone’. Bagi pengguna N97 sebelum ini mungkin tidak ada sebarang perubahan yang begitu ketara, hanya saiz antara sahaja yang di’remodel’ dan beberapa ciri-ciri yang hanya mungkin ’picisan’ bagi pengguna N97.<!–more–>
Nokia N900, adalah satu model yang agak asing bagi kita di Malaysia. Tapi buat pengguna di negara lain, terutamanya di Eropah, N900 adalah pesaing kuat bagi Nokia N97 Mini, dan ada yang melabelkannya sebagai ’perang saudara’ bagi dua model Nokia ini.
PERKAKASAN (HARDWARE)
Bermula dengan ’hardware’, N900 sudah menampakkan ciri-ciri yang sangat baik. N900 memiliki pemproses 3430 (3430 processor) OMAP Generasi ke 3 dengan kelajuan 600Mhz jika dibandingkan dengan N97 dan N97 Mini yang hanya memiliki ARM11(OMAP Generasi ke 2) dan berkelajuan 434Mhz. N900 mempunyai ‘graphic accelerator’ (lebih kurang seperti ‘graphic card’ komputer), tetapi N97 dan Mini tida memiliki spesifikasi ini. Kekurangan ini akan disedari oleh pengguna apabila bermain “Games” atau menggunakan applikasi yang menggunakan kadar grafik yang tinggi. N900 mempunyai resolusi skrin 800×480 dan N97 & N97 Mini hanya 640×360 walaupun saiz skrin paparan adalah sama bagi N900 & N97 (3.5 inci) dan N97 Mini sudah semestinya lebih kecil dari dua model tersebut. Jika dari ’on paper’ kapasiti bagi bateri N97 adalah tinggi bagi ketiga-ketiga model ini.

Specifikasi ’harware’ yang paling ketara adalah, N900 dilengkapi dengan 256MB RAM (RAM (Random Acces Memory) = memori bagi operasi), manakala N97 & N97 Mini hanya 128MB sahaja. N900 sahaja yang menyokong ’memori tambahan’ sehingga 768MB(secara virtual) dan 1GB memori untuk menyokong aplikasinya. Kedua-dua model ini mempunyai ruang simpanan 32GB, manakala N97 Mini hanya 8GB. Ruang simpanan adalah salah satu specifikasi yang agak penting pada masa kini memandangkan perkongsian media melalui telefon bimbit menjadi satu keperluan.
PERISIAN (SOFWARE)
N97 menggunakan SYMBIAN S60 Versi 5 sebagai sistem operasinya, manakala N900 menggunakan MAEMO 5 iaitu salah satu sistem operasi yang berasaskan LINUX. S60 V5 banyak mendapat kritikan kerana hanya sedikit perubahan dari versi 3.
MAEMO 5 masih belum boleh didapati untuk dibuat ujikaji, tetapi ’on paper’ sistem ini adalah lebih baik dari S60 V5 untuk menjalankan pelbagai kegunaan mltimedia baik penggunaan bersama internet atau tidak. Jika dilihat dari informasi semasa, MAEMO 5 akan menjadi satu sistem operasi yang pelbagai guna (multitasking) dan mempunyai paparan pengguna yang moden dengan efek 3D, transisi menu (seperti iPhone) dan lain-lain. Sebagai sitem operasi yang berasaskan LINUX, pengguna boleh mengkonfigurasi tanpa sempadan dan banyak aplikasi dari pihak ketiga (third party) yang menyokong sistem operasi ini.
Secara keseluruhannya, adalah amat sukar untuk membezakan model (N900) yang hebat ’on paper’nya, tetapi masih belum boleh didapati di Malaysia. Secara amnya, N97 begitu hebat dikritik di internet, terutama apabila N900 telah dikeluarkan. Nokia tidak berjaya sepenuhnya untuk menarik pengguna untuk bertukar ke N97, pengguna yang berpuas hati mingkin dari segelintir pengguna N95 atau telefon S60 V3 sebelumnya. N97 tidak dapat menandingi ’smartphone’ Google Android(HTC, Motorola dan lalin-lain) atau iPhone memandangkan teknologi yang ketinggalan yang amat ketara. Walaupun N97 masih ’smartphone’ yang mempunyai sistem operasi ’smartphone’, tetapi bagi pengguna yang menagmbil berat soal-soal teknikal (technical savvy), mereka lebih memrlukan ’smartphone’ yang mempunyai tahap kebebasan yang tinggi yang dimiliki oleh Android dan iPhone.
Jika dilihat dari sudut yang lebih dalam, pengguna-pengguna Nokia yang mengkritik N97 mungkin terlupa tetntang anajakan besar yang dibuat oleh Nokia jika dibandingkan dengan model-model Nokia terdahulu. Skrin paparan utama N97 menyokong aplikasi seperti Facebook, emel dan lain-lain lagi yang tidak dapat dilihat pada model-model sebelumnya, dan banyak mengubah penggunaan telefon secara keseluruhannya. Jika dari sudut kekurangannya pula, N97 dikeluarkan dengan agak ’tergesa-gesa’. Perisian yang tidak memberangsangkan, RAM yang tidak mencukupi, kamera yang tidak ada peningkatan jika dibandingkan dengan N95 yang dikeluarkan 2 tahun lebih awal. Walaupun N900 begitu hebat dari segi ‘on paper’, mungkin ada banyak kekurangan dari segi ’performance’ telefon tersebut apabila ia berada di pasaran tempatan.
Namun itu, N900 masih tidak mendapat menjamin akan berjaya sepenuhnya, tetapi N900 adalah salah satu model yang sangat baik untuk dimiliki, kerana Nokia lebih memfokuskan telefon in kepada ’internet tablet’ atau telefon yang penggunanya mengunakan internet sebagai ’teman’ yang sentiasa perlu ada di sisi, disamping peningkatan ’perfomance’ untuk aplikasi-aplikasi biasa yang ada di telefon model-model lain.
Untuk pengguna-penguna(smartphone savvy) di Malaysia, kemunculan N900 adalah satu kemestian yang ditunggu. Bagi mereka yang tidak sabar untuk membeli set-set Zitron, Avaxx atau AP sekalipun di pasaran Malaysia, anda boleh membuat pembelian secara ’online’ di laman web pasaran eropah atau negara-negara lain. Tetapi adakah anda sanggup? Kerana Nokia tidak memperuntukkan Jaminan Antarabangsa(International Warranty) kepada sesiapa yang membeli telefon di luar negara.











