//
RSS Feed Front Page
me

"Haidil Mustafa MD a.k.a Aidil Mustafa MD, is a Kuala Lumpur base photographer...Engineering graduate in 1998 from local university and now pursuing his study in the same field."

"...photographing since 1997 and doing it seriously since 2000. He shot for his siblings and friends long before taking it up professionally. Starting from just a simple hobby to fully passionate..."

"...enjoys cyling, mountain biking, computer programming and any related with computer, technology savvy and BIG fan of DIY(DoItYourself)..."

More about me »

Official Wedding Photography Website »

HONDA…Kegagalan Yang Penuh Bererti

Posted by admin | 5 October, 2009 | In Monolog, Self Motivation

Jika kita lihat kenderaan di jalanraya, pasti mata kita selalu ternampak kenderaan-kenderaan Honda, sama ada kereta mahupun motosikal. Bilangan kenderaan ini amat banyak dan kerana mungkin sebab itu ia layak digelarkan ‘raja jalanan’.

Namun, pernahkah anda tahu bahawa pengasas perniagaan Honda, Soichiro Honda, selalu mengalami kegagalan sewaktu menjalani kehidupannya sejak kecil sehinggalah lahirnya sebuah industri permotoran bertaraf antarabangsa itu?

Dia bahkan tidak layak menjadi seorang jurutera, dia bukannya siswa yang memiliki otak cemerlang. Sebaliknya di dalam kelas, duduknya tidak pernah di depan, selalu jauh dari pandangan guru-gurunya.

Sewaktu memulakan perniagaannya, Soichiro Honda selalu ditimpa kegagalan. Dia pernah jatuh sakit, kehabisan wang dan juga diberhentikan dari kuliah. Namun begitu, dia terus bermimpi dan bermimpi. Dan akhirnya, impian itu akhirnya mencapai kenyataan dengan ketekunan dan kerja keras.<!–more–>

“Gredku amat rendah di sekolah. Tetapi saya tidak bersedih kerana dunia saya di sekitar mesin, kereta dan motorsikal,” ujar Soichiro yang meninggal pada usia 84 tahun, setelah dirawat di RS Juntendo, Tokyo akibat penyakit hati.

Cintanya pada mesin, jelas diwarisi dari ayahnya yang membuka bengkel membaiki alatan pertanian di dusun Kamyo, daerah Shizuko, Jepun Tengah. Di kawasan inilah dia lahir. Sewaktu bermain di bengkel, ayahnya selalu memberi catut (kakak tua) untuk mencabut paku. Dia juga sering bermain di tempat menggiling padi melihat mesin yang menjadi motor penggeraknya.

Di situ, lelaki kelahiran 17 November 1906 ini dapat berdiam diri berjam-jam, tidak seperti kawan sebayanya waktu itu yang lebih banyak menghabiskan waktu bermain penuh gembira. Dia memang telah menunjukkan keunikan sejak dari kecil lagi. Contohnya, aktiviti nekad yang dilakukannya pada usia 8 tahun iaitu dengan berbasikal sejauh 10 batu yang dilakukan semata-mata ingin menyaksikan kapal terbang.

Berbasikal memang telah menjadi salah satu hobinya semasa kanak-kanak. Hasilnya, ketika 12 tahun, Soichiro Honda berhasil mencipta sebuah basikal dengan model ‘rem kaki’.

Pada saat itu, di benaknya belum muncul lagi impian untuk menjadi seorang usahawan automotif kerana dia sedar dirinya berasal dari keluarga yang miskin. Tambahan pula, fizikalnya yang lemah dan rupanya yang tidak tampan sehingga membuatnya selalu rendah diri.

Pada usia 15 tahun, Honda berhijrah ke kota untuk bekerja di Hart Shokai Company. Majikannya, Saka Kibara amat senang melihat cara kerjanya. Honda amat teliti dan cekap dalam soal mesin. Setiap bunyi mesin yang mencurigakan, setitis minyak yang bocor tidak luput dari perhatiannya.

Enam tahun bekerja di situ menambah pengalamannya tentang mesin. Akhirnya, pada usia 21 tahun, Saka Kibara mengusulkan supaya membuka suatu cawangan bengkel baru di Hamamatsu. Tawaran ini tidak ditolaknya.

Di Hamamatsu, prestasi kerjanya semakin meningkat. Dia selalu menerima tawaran membaiki mesin-mesin yang ditolak oleh bengkel-bengkel lain. Kerjanya yang cepat memperbaiki mesin pelanggan sehingga berjalan kembali. Kerana itu, jam kerjanya selalu tamat pada larut malam dan kadang-kadang sehingga subuh.

Yang menariknya, walaupun bekerja keras, otak geniusnya tetap kreatif. Kecerdasannya membuahkan hasil.

Pada zaman itu, ruji-ruji mesin dibuat dari kayu dan tidak tahan lama untuk menahan kesan goncangan. Menyedari ini, Soichiro menggantikan ruji-ruji kayu ini dengan logam. Hasilnya amat luar biasa. Ruji-ruji rekaannya tahan lama dan dieksport ke seluruh dunia.

Pada usia 30 tahun, Honda menandatangani patennya yang pertama. Setelah mencipta ruji, Honda ingin melepaskan diri dari bosnya dan mengusahakan bengkelnya sendiri. Mulai saat itu dia berfikir apakah kepakaran yang ingin dipilihnya? Otaknya tertarik kepada pembuatan ring piston yang dihasilkan oleh bengkelnya sendiri pada 1938.

Lalu ditawarkan ciptaannya itu ke beberapa kilang automotif tetapi ciptaannya itu ditolak oleh Toyota kerana dianggap tidak memenuhi standard. Ring Piston buatannya tidak lentur dan tidak laku dijual. Reaksi teman-temannya terhadap kegagalan itu membuatkan dirinya menyesal kerana keluar dari bengkel milik Saka Kibara.

Akibat kegagalan itu, Honda jatuh sakit yang sangat serius. Dua bulan kemudian, kesihatannya pulih dan dia kembali ke bengkelnya. Tetapi, soal ring piston itu masih belum ada penyelesaiannya. Demi mencari jawapan, dia melanjutkan pelajaran untuk menambah pengetahuannya tentang mesin.

Pada siang hari, setelah tamat kuliah, dia terus ke bengkel mempraktikkan pengetahuan yang baru diperoleh. Tetapi setelah dua tahun menjadi mahasiswa, dia akhirnya diberhentikan kerana jarang mengikuti kuliah.

“Saya merasa amat bosan kerana ketika lapar tidak diberikan makan, sebaliknya dileteri berkenaan tentang hukum makanan dan pengaruhnya terhadap kesihatan,” ujar Honda.

Kepada pensyarahnya, dia menjelaskan bahawa kuliahnya bukannya untuk mendapatkan ijazah tetapi untuk mendapatkan pengetahuan. Penjelasan ini dianggap sebagai penghinaan oleh pensyarahnya.

Tetapi diberhentikan dari pusat pengajian tinggi bukanlah titik akhir segalanya. Berkat kerja kerasnya, rekaan Ring Pistonnya diterima Toyota yang langsung memberikan kontrak kepadanya. Hal ini membuatkan Honda berhasrat untuk mendirikan kilang mesin.

Tetapi hasratnya itu kandas. Pada masa itu, Jepun sedang terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan kerajaan Jepun tidak memberikan dana kepada masyarakat. Honda tidak menyerah kalah.

Dia lalu nekad mengumpulkan modal dari sekumpulan orang untuk mendirikan kilang. Namun lagi-lagi musibah menimpanya. Setelah perang meletus, kilangnya terbakar sebanyak dua kali.

Honda tidak pernah patah semangat. Dia bergegas mengumpulkan para pekerjanya. Mereka diperintahkan mengambil tong-tong minyak yang dibuang oleh kapal Amerika Syarikat untuk digunakan sebagai bahan mendirikan kilang.

Tanpa diduga, gempa bumi melanda dan menghancurkan kilangnya sehingga diputuskannya untuk menjual kilang ring pistonnya ke Toyota. Setelah itu, Honda mencuba beberapa perniagaan lain tetapi tidak berjaya.

Akhirnya, pada tahun 1947, setelah tamat perang, Jepun kekurangan minyak petrol. Pada masa ini, keadaan ekonomi Jepun amat kucar-kacir sehingga Honda tidak dapat menjual keretanya akibat krisis ekonomi ini padahal dia ingin menjual kereta itu untuk membeli makanan bagi keluarganya.

Dalam keadaan terdesak, dia kembali kepada basikal lamanya. Dia mengubahsuai basikalnya dengan memasang motor kecil pada basikal itu. Siapa sangka, basikal bermotor itu diminati oleh jiran-jirannya.

Para jiran dan keluarganya memesan basikal bermotornya dengan banyak sehinggakan Honda kehabisan stok. Lalu Honda kembali mendirikan sebuah kilang motor.

Sejak itu, kejayaan tidak pernah lari dari tangannya. Dari motosikal, perusahaannya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan kereta untuk pasaran antarabangsa.

Semasa hidupnya, Honda selalu menyatakan supaya jangan dahulu melihat kejayaannya dalam cabaran industri automotif sebaliknya lihatlah kegagalan-kegagalan yang dialaminya.

“Orang yang melihat kejayaan saya hanya satu peratus. Tetapi mereka tidak melihat 99 peratus kegagalan saya,” tuturnya.

Ia memberikan petua, “Ketika anda mengalami kegagalan, maka segeralah mulai kembali bermimpi dan mimpikanlah mimpi baru.”

Jelas kisah Honda ini merupakan contoh terbaik bahawa kejayaan itu boleh diraih oleh seseorang dengan modal seadanya, tidak pintar di sekolah dan hanya berasal dari keluarga miskin.

Posted by admin | Tag:

This post currently has no response.

Mengapa Aku Berbasikal?-Part 1

Posted by Haidil | 8 May, 2009 | In Cycling, Mengapa Berbasikal?, Monolog

Ramai juga antara ahli keluarga, kawan-kawan dan sahabat yang hairan, mengapa aku begitu obses dengan basikal atau ‘gerek’ bagi orang utara. Aku rasa terlalu banyak sebab-sebab atau faktor yang mendorong aku untuk berbasikal kembali setelah sekian lama menyepi dari dunia basikal. Walaupun dulu ‘roadie’ dan sekarang ‘mountain biker’, namun alasan yang wajar aku berikan tetap sama. Salah satu sebab yang amat besar dan kukuh adalah atas faktor-faktor kesihatan. Doktor pakar aku dari salah sebuah hospital swasta yang agak terkenal, menyarankan aku supaya berbasikal semula atau berenang adalah sukan yang terbaik untuk aku ceburi.

"DI KAKI STEROID HILL". Semakin ramai antara kita yang sedar akan kebaikan berbasikal. (Gambar ehsan dari Alimuddin Shahid a.k.a DON)

"AKU & MEREKA DI KAKI STEROID HILL". Semakin ramai antara kita yang sedar akan kebaikan berbasikal. (Gambar ehsan dari Alimuddin Shahid a.k.a DON - alimuddin.blogspot.com)

Sebenarnya terlalu banyak sebab ‘mengapa aku berbasikal’, dan di atas sebab-sebab itulah mungkin tidak cukup aku membentangkan hanya satu ‘post’ saja dan aku akan terus memberi alasan-alasan yang kukuh ‘mengapa aku berbasikal’ di dalam ‘part 2′, ‘part 3′ dan seterusnya. Selagi aku ada alasan yang ingin diberi atau terjumpa artikel-artikel yang mempunyai fakta yang kukuh dan boleh di percayai, selagi itulah aku akan berkongsi dengan sesiapa saja, ‘MENGAPA AKU BERBASIKAL’.

1. Kos

Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit (Aku pernah sebut pasal ni DI SINI) . Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah, membeli pakaian yang mahal-mahal misalnya, padahal yang dah ada pun jarang dipakai, atau hanya dipakai sekali dan terus diperam di dalam almari…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM200-RM300 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik  kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).

2. Kemahiran

Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.

3. Kesihatan

Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-

- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain

Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama seperti di atas.

Posted by Haidil | Tag:
  • hassan 25.5.2009 19:22:56 :
    menyesal kawan ngan hang :(
  • Haidil 5.6.2009 16:03:45 :
    Hang nyesai kawan ngan aku xpa..janji sihat..la ni hang dh blh rempit bila 'climb'..POWER ROOT tu..wakaka :lol:
  • ammo 6.5.2010 06:27:29 :
    bab paling utama ialah sebab berbasikal tu fun dan untuk kesihatan diri. gua caya sama lu bro!
  • razmanahmad 28.7.2010 06:29:06 :
    tumpang lalu, jumpa kat sifoo.com. mempunyai minat berbasikal dan ambil gambar2. la tak boleh berbasikal lagi, kena mild yang stroke. dalam proses baik pulih, kayuh dalam rumah je, statik.

COMMENCAL Bicycles d'Opinion

Posted by admin | 28 February, 2009 | In Cycling, Ma Commencal, Monolog
Setelah hampir 2 tahun dengan MTB 'cap ayam'..akhirnya berjaya juga aku memiliki COMMENCAL normal-disc 2009

Setelah hampir 2 tahun dengan MTB 'cap ayam'..akhirnya berjaya juga aku memiliki COMMENCAL normal-disc 2009

Aku masih ingat sekitar tahun 1991, tahun di mana aku berlatih ‘road bike’ bersama Abang Rani (coach Perak ketika itu & mungkin masih lagi). Pada masa tersebut aku hanya mampu membeli sebuah basikal ‘road’ yang berharga RM750.00 RM600.00(terpakai). Masa tersebut adalah zaman kegemilangan LOOK, COLNAGO, EDDY MERCX (aku sebut Eddy Mercik). Tapi apakan daya, setelah berpenat lelah melalui latihan akhirnya aku terpaksa menarik diri atas sebab-sebab peribadi sebelum sempat aku mewakili negeri Perak untuk sukan lumba basikal. Kawan-kawan yang turut sama berlatih dulu seperti Yus, Kimi, Abi dan ramai lagi memang telah lama aku terputus hubungan. Seingat aku, cuma Kimi aku pernah bertembung 3-4 tahun lepas dan dia sekarang menjadi tenaga pengajar di salah sebuah politeknik tempatan, dan dia juga ’senasib’ dengan aku, dah lama tak ‘kayuh’.

Setelah hampir 16 tahun aku meninggalkan dunia ‘cycling’ (stamina pun dah lenyap)dan hampir dua tahun juga aku menunggang MTB (tukar angin, dari ‘roadie’ ke MTB) yang harganya tidak sampai RM1k atau mungkin sesetengah orang menggelarkannya ‘cap ayam’. Tapi pada aku walaupun ‘cap ayam’ ia tetap memerlukan wang untuk membelinya, dan tidak akan dapat secara percuma walaupun meleleh air mata darah di depan kedai basikal sekali pun. Selama hampir 2 tahun itulah, aku bersabar dan tetap mengayuh jentera tidak berenjin ini diwaktu terluang, sama ada malam(guna ‘blinker’ murah, beli kat TESCO) ataupun siang. Dulu, kalau nak mengayuh dengan orang lain yang jauh lebih ‘branded’ basikalnya, mungkin menjadi satu keberatan atau keseganan bagi aku, tapi sekarang dengan izin ALLAH, dapat juga aku memiliki satu lagi harta dunia yang aku manfaatkan semata-mata untuk RIADAH atau bak kata orang sekarang ‘exercise’, dan mungkin untuk ‘Jamboree’ atau ‘Race’ sekali-sekala.

Mungkin pada sesetengah orang bidang sukan basikal ini adalah satu hobi yang agak mahal..”Apa!! Beli basikal sampai 800 sampai 1000 sampai 2000″..dan ada juga yg mencecah sehingga puluhan ribu. Berbaloikah menghabiskan wang yang sebegitu banyak? Pada aku, kita berbelanja atas dasar kemampuan. Kalau mampu menghabiskan belasan atau puluhan ribu ringgit dan kalau boleh tanpa berhutang…Apa salahnya? Lagi mahal basikal, lagi baguslah ‘performance’ basikal tersebut. Tapi jika harga basikal saja dah boleh buat wang pendahuluan kereta baru…’kayuh’ atau ‘ride’ sebulan sekali pun susah, maknanya, tiada apa yang boleh di banggakan. Kita kena ingat, basikal mahal bukan sama macam motorsikal atau kereta mahal. Kenderaan berenjin lagi mahal, maka lagi baguslah ‘performance’. Tapi tidak dengan basikal, sebab, tuan punyalah ‘enjin’nya.Benda ni memang jadi peringatan buat diri aku dari dulu lagi, mungkin kebetulan dulu aku memang tak mampu nak beli basikal yang ‘branded’…’Kayuh’ kena rajin, walaupun aku sendiri pun terlajak sampai dua minggu tak ‘kayuh’, sama ada penyakit ‘malas’ atau sibuk dengan hal-hal lain yang lebih penting.

Berbalik pada cerita anggapan sesetengah orang mengatakan sukan basikal ni mahal… Pada aku, memang mahal…peralatan sukan yang berkualiti memang mahal. Kalau kita memilih jogging sebagai riadah, kasut jongging yang bagus paling murah dalam dua ratus ke atas. Kalau kita pilih sukan yang lebih berprestij, seperti golf, berapa harga set golf yang paling murah? Berapa pula harga kalau kita menyertai keahlian mana-mana kelab? Mungkin semua tu sekali ‘investment’ sahaja, bagaimana pula setiap kali ‘game’? Mungkin juga aku berminat nak bermain golf, tapi buat masa ni tiada keperluan yang aku sepatutnya berbanding dengan kawan dan sahabat aku yang menceburi bidang sukan tersebut.

Satu saja yang perlu aku ingat, tak kira apa jua riadah atau sukan yang aku ceburi, matlamatnya adalah satu…KESIHATAN…

If you have health, you probably will be happy, and if you have health and happiness, you have all the wealth you need, even if it is not all you want.

What does Islam say about sports and exercise? My MTB buddy Alimuddin a.k.a DON discuss it HERE

Posted by admin | Tag:
  • Haidil 16.4.2009 20:05:30 :
    Alif bata dunia ku... :D
  • Hafiz 17.4.2009 02:15:10 :
    Betul apa yg bro tulis tu..yg penting semangat nk exercise, bukan semangat nak beli beskal mahal2...MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ;)
  • Hafiz 17.4.2009 02:16:46 :
    Lagi satu..kalau xder keperluan, jgn sibuk nak upgrade beskal jer...nafsu semua tu... /)
  • ari 17.4.2009 08:28:37 :
    Salam, mula berkayuh 2 tahun yg lepas..pasai berat badan pun dah naik... Berbasikal ni memang satu riadah yg baik. Memang pun, bila tengok org beli basikal mahal..kita pun dok teringin basikal tu. Bila dah beli dok tersadai dlm rumah/stor saja. Cara terbaik utk aktif dlm sukan berbasikal ni...join la satu group. Bila dah ada group ni ada-ada sajaaaa...xtvt. Tak pi...segan pula....kawan-kawan dok ajak....mau tak mau jom lah. Tu la..kalau nak kayuh sorang-sorang memang berat...ada-ada saja benda lain nak buat...betui dak??
  • angah 17.4.2009 08:39:30 :
    Salam kenal jugak :) Sangat setuju. Member biasa tanya angah dapat apa naik basikal. Jawapan standard would be "dapat penat dan dapat kulit yang hitam" ehehe Duit bukan persoalan kalau dah minat kan :) perbandingan mudah jugak.. ada orang habiskan 2 kotakrokok sehari. Itu dah 14 ringgit. Kalau sebulan?. Ada orang berhabis beli mekap dan beg dan baju untuk melaram. Ribu riban gak tu..Angah suka basikal dan satu kepuasan kalau dapat upgrade basikal... Agak2 berapa ramai mak orang berperangai seperti ku? hahaha..
  • Haidil 17.4.2009 09:31:36 :
    Agak2 berapa ramai mak orang berperangai seperti ku? hahaha..
    Satu dalam seribu sebenarnya...kekeke...saya tumpang bangga bila lihat kaum2 ibu aktif berbasikal. Lagi sorang yang sy ingat org rumah Bro Kelolo, pun sama jugak(Pandai Bro Kelolo ni pujuk wife dia...hehehe)
  • Haidil 17.4.2009 09:37:36 :
    Tu la..kalau nak kayuh sorang-sorang memang berat…ada-ada saja benda lain nak buat…betui dak??
    Memang bro..Mmg kena cari group, kalau tidak mmg menjadi satu 'keberatan' yang amat sangat..tapi kalu kita fikir, kalu sakit lagi berat, mesti kayuh sorang2 pun sanggup..kelebihan group ni kita boleh 'burst' kita nyer endurance ikut org lain..selalunya kita yang jarang kayuh ni nak dapat 25km/h pun payah, tapi bila dh follow geng2 yang selalu kayuh, dgn sendirinya kita blh dpt improve...
  • assry 20.4.2009 21:40:58 :
    Hi Bro, thank to visit our blog. Kalau nak joint kayuh..just give me a call.. Salam.. :lol:
  • Haidil Mustafa - Assorted Work - Photography Cycling Computer etc. » Blog Archive » Mengapa Aku Berbasikal?-Part 1 11.5.2009 02:54:58 :
    [...] COMMENCAL Bicycles d’Opinion [...]
  • akuzakie 27.8.2009 12:44:33 :
    bro.. berminat gaks nk berbasikal nie... insyaAllah satu hari nanti.... member serius main basikal nie sampai masuk game ke filipine x silap... huhuhu.. dulu mmg kaki basikal bmx.. pas2 lerun.. insyaAllah... ada rezeki nanti bleh join bro... :D