//
RSS Feed Front Page
me

"Haidil Mustafa MD a.k.a Aidil Mustafa MD, is a Kuala Lumpur base photographer...Engineering graduate in 1998 from local university and now pursuing his study in the same field."

"...photographing since 1997 and doing it seriously since 2000. He shot for his siblings and friends long before taking it up professionally. Starting from just a simple hobby to fully passionate..."

"...enjoys cyling, mountain biking, computer programming and any related with computer, technology savvy and BIG fan of DIY(DoItYourself)..."

More about me »

Official Wedding Photography Website »

Pilihan antara Nokia N97, Nokia N97 MINI atau Nokia N900?

Posted by admin | 1 February, 2010 | In Computer, Gadget, Technology, Uncategorized


N97 Mini memang sedang hangat diperkatakan dan mungkin menjadi idaman bagi yang ingin memiliki telefon yang dikategorikan sebagai ‘smartphone’. Bagi pengguna N97 sebelum ini mungkin tidak ada sebarang perubahan yang begitu ketara, hanya saiz antara sahaja yang di’remodel’ dan beberapa ciri-ciri yang hanya mungkin ’picisan’ bagi pengguna N97.<!–more–>

Nokia N900, adalah satu model yang agak asing bagi kita di Malaysia. Tapi buat pengguna di negara lain, terutamanya di Eropah, N900 adalah pesaing kuat bagi Nokia N97 Mini, dan ada yang melabelkannya sebagai ’perang saudara’ bagi dua model Nokia ini.

PERKAKASAN (HARDWARE)

Bermula dengan ’hardware’, N900 sudah menampakkan ciri-ciri yang sangat baik. N900 memiliki pemproses 3430 (3430 processor) OMAP Generasi ke 3 dengan kelajuan 600Mhz jika dibandingkan dengan N97 dan N97 Mini yang hanya memiliki ARM11(OMAP Generasi ke 2) dan berkelajuan 434Mhz. N900 mempunyai ‘graphic accelerator’ (lebih kurang seperti ‘graphic card’ komputer), tetapi N97 dan Mini tida memiliki spesifikasi ini. Kekurangan ini akan disedari oleh pengguna apabila bermain “Games” atau menggunakan applikasi yang menggunakan kadar grafik yang tinggi. N900 mempunyai resolusi skrin 800×480 dan N97 &amp; N97 Mini hanya 640×360 walaupun saiz skrin paparan adalah sama bagi N900 &amp; N97 (3.5 inci) dan N97 Mini sudah semestinya lebih kecil dari dua model tersebut. Jika dari ’on paper’ kapasiti bagi bateri N97 adalah tinggi bagi ketiga-ketiga model ini.

Specifikasi ’harware’ yang paling ketara adalah, N900 dilengkapi dengan 256MB RAM (RAM (Random Acces Memory) = memori bagi operasi), manakala N97 &amp; N97 Mini hanya 128MB sahaja. N900 sahaja yang  menyokong ’memori tambahan’ sehingga 768MB(secara virtual) dan 1GB memori untuk menyokong aplikasinya. Kedua-dua model ini mempunyai ruang simpanan 32GB, manakala N97 Mini hanya 8GB. Ruang simpanan adalah salah satu specifikasi yang agak penting pada masa kini memandangkan perkongsian media melalui telefon bimbit menjadi satu keperluan.

PERISIAN (SOFWARE)

N97 menggunakan SYMBIAN S60 Versi 5 sebagai sistem operasinya, manakala N900  menggunakan MAEMO 5 iaitu salah satu sistem operasi yang berasaskan LINUX. S60 V5 banyak mendapat kritikan kerana hanya sedikit perubahan dari versi 3.
MAEMO 5 masih belum boleh didapati untuk dibuat ujikaji, tetapi ’on paper’ sistem ini adalah lebih baik dari S60 V5 untuk menjalankan pelbagai kegunaan mltimedia baik penggunaan bersama internet atau tidak. Jika dilihat dari informasi semasa, MAEMO 5 akan menjadi satu sistem operasi yang pelbagai guna (multitasking) dan mempunyai paparan pengguna yang moden dengan efek 3D, transisi menu (seperti iPhone) dan lain-lain. Sebagai sitem operasi yang berasaskan LINUX, pengguna boleh mengkonfigurasi tanpa sempadan dan banyak aplikasi dari pihak ketiga (third party) yang menyokong sistem operasi ini.

Secara keseluruhannya, adalah amat sukar untuk membezakan model (N900) yang hebat ’on paper’nya, tetapi masih belum boleh didapati di Malaysia. Secara amnya, N97 begitu hebat dikritik di internet, terutama apabila N900 telah dikeluarkan. Nokia tidak berjaya sepenuhnya untuk menarik pengguna untuk bertukar ke N97, pengguna yang berpuas hati mingkin dari segelintir pengguna N95 atau telefon S60 V3 sebelumnya. N97 tidak dapat menandingi ’smartphone’ Google Android(HTC, Motorola dan lalin-lain) atau iPhone memandangkan teknologi yang ketinggalan yang amat ketara. Walaupun N97 masih ’smartphone’ yang mempunyai sistem operasi ’smartphone’, tetapi bagi pengguna yang menagmbil berat soal-soal teknikal (technical savvy), mereka lebih memrlukan ’smartphone’ yang mempunyai tahap kebebasan yang tinggi yang dimiliki oleh Android dan iPhone.

Jika dilihat dari sudut yang lebih dalam, pengguna-pengguna Nokia yang mengkritik N97 mungkin terlupa tetntang anajakan besar yang dibuat oleh Nokia jika dibandingkan dengan model-model Nokia terdahulu. Skrin paparan utama N97 menyokong aplikasi seperti Facebook, emel dan lain-lain lagi yang tidak dapat dilihat pada model-model sebelumnya, dan banyak mengubah penggunaan telefon secara keseluruhannya. Jika dari sudut kekurangannya pula, N97 dikeluarkan dengan agak ’tergesa-gesa’. Perisian yang tidak memberangsangkan, RAM yang tidak mencukupi, kamera yang tidak ada peningkatan jika dibandingkan dengan N95 yang dikeluarkan 2 tahun lebih awal. Walaupun N900 begitu hebat dari segi ‘on paper’, mungkin ada banyak kekurangan dari segi ’performance’ telefon tersebut apabila ia berada di pasaran tempatan.

Namun itu, N900 masih tidak mendapat menjamin akan berjaya sepenuhnya, tetapi N900 adalah salah satu model yang sangat baik untuk dimiliki, kerana Nokia lebih memfokuskan telefon in kepada ’internet tablet’ atau telefon yang penggunanya mengunakan internet sebagai ’teman’ yang sentiasa perlu ada di sisi, disamping peningkatan ’perfomance’ untuk aplikasi-aplikasi biasa yang ada di telefon model-model lain.

Untuk pengguna-penguna(smartphone savvy) di Malaysia, kemunculan N900 adalah satu kemestian yang ditunggu. Bagi mereka yang tidak sabar untuk membeli set-set Zitron, Avaxx atau AP sekalipun di pasaran Malaysia, anda boleh membuat pembelian secara ’online’ di laman web pasaran eropah atau negara-negara lain. Tetapi adakah anda sanggup? Kerana Nokia tidak memperuntukkan Jaminan Antarabangsa(International Warranty) kepada sesiapa yang membeli telefon di luar negara.

Posted by admin | Tag:
  • Kimizo 1.8.2010 16:27:56 :
    saya baru beli n97 mini memang best

Nokia E71 ke Nokia E72?

Posted by Haidil | 29 June, 2009 | In Computer, Gadget, Technology

Nokia E72

Walaupun PDA ‘touch screen’ menjadi pilihan ramai, tapi Nokia terus ‘berani ‘untuk mengeluarkan model PDA atau smartphone yang masih lagi perlu menekan butang. Blackberry Storm dan juga iPhone antara yang popular menggunakan ’touchscreen’ buat masa ini. Bukan semua kita gemar menngunakan ‘touchscreen’..Kebanyakkan pengguna E71 sukakan ‘real buttons’ yang ada pada telefon tersebut. Pada pendapat aku, jika ‘touchscreen’ digabungkan dengan ‘real button’, lagi bagus. Seperti Sony Ericsson “P” series yang agak terkenal satu masa dulu. Tapi sayang, E71, iphone & Blackberry Storm hanya memberikan satu fungsi input saja, ’touchscreen’ ATAU ’real buttons’. Jika ada yang berminat untuk menggunakan kedua-dua fungsi ini, bolehlah ’test drive’ Nokia N97, semalam aku baru saja ‘test drive’ sahabat aku yang baru dua minggu menggunakan N97. Secara keseluruhannya…MEMANG BEST dan yang pasti HARGA pun boleh dapat dua set E71!!!.

Kehangatan atau kepopularan Nokia E71 masih lagi dirasai oleh penggemar smartphone ini, atau mungkin masih menjadi idaman sesetengah orang untuk memlikinya. Belum sempat pengguna E71 men’explore’ telefonnya (walaupun ramai yang guna smartphone hanya untuk ’call’ dan SMS atau untuk bergaya sahaja)..Sekarang sudah pun keluar model baru, E75 dan Nokia N97. Bagi yang memerlukan navigasi GPS, E71, E75, N97 dan yang terbaru E72, anda boleh men’install’ software “GARMIN”, (satu jenama alat sistem navigasi GPS yang agak terkenal buat masa ini). (more…)

Posted by Haidil | Tag:
  • Zack Kapchai 30.6.2009 07:46:09 :
    Wah... abg Haidil sekarang buat review Handphone pulaks.... bagus!! bagus!! review phone lain ada bang..? SE ke... Samsung ke... Blackberi Storm pun besh gak...!!!! Comment sikit pasal software Garmin.... ;-)
  • hassan 28.7.2009 20:47:37 :
    bila nak buat review nikia 3210 aku :-D
  • sharina 9.8.2009 22:41:30 :
    berapa ae harga e72 kalu keluar di pasaran nnt?
  • Haidil 10.8.2009 17:24:40 :
    sy rasa lbh kurang harga masa E71 mula2 keluar dulu la..RM1500 plus minus
  • akuzakie 27.8.2009 12:37:31 :
    salam... aku pengguna setia nokia.. skrg pakai E75.. so far so gud.. cuma skrin kecik arr.. x leh lwn screen iphone.. huhuhu.. tp aku x brapa suker guna touchscreen.. sbb tue still nk yg ada kpad.. dr segi technology.. iphone mmg terkehadapan... :D so.. nk pakai apa? anda yg memilihnyer.. hehehe
  • plurbuddyskuppy 20.10.2009 03:01:04 :
    saye dah order e72. harge di pasaran RM1690. rugi jika beli e71. E72 lengkap utk di pakai selama 2 tahun akn dtg. so berbaloi. walaupun tidak sehebat iphone 3g. tp jika dibandingkan harga. E72 lebih memuaskan.
  • Pendang MTB 29.10.2009 12:15:18 :
    bro...tolong promo kan Pendang jamboree leh tak? tumpang letak banner kat blog nie bleh tak? image url http://img202.imageshack.us/img202/4210/picture
  • julie 9.2.2010 06:47:15 :
    antare blackberry n e71 mne bagos?
  • pakngah 11.3.2010 23:08:39 :
    Slm, bro,internal storage E72 = 250mb la, bukan 140mb.. sekian dimaklumkna