//
RSS Feed Front Page
me

"Haidil Mustafa MD a.k.a Aidil Mustafa MD, is a Kuala Lumpur base photographer...Engineering graduate in 1998 from local university and now pursuing his study in the same field."

"...photographing since 1997 and doing it seriously since 2000. He shot for his siblings and friends long before taking it up professionally. Starting from just a simple hobby to fully passionate..."

"...enjoys cyling, mountain biking, computer programming and any related with computer, technology savvy and BIG fan of DIY(DoItYourself)..."

More about me »

Official Wedding Photography Website »

'Crop Factor'- Satu Penjelasan

Posted by Haidil | 14 May, 2009 | In Camera, Equipment, Learn To Shoot

“Crop Factor” adalah salah satu istilah yang agak mengelirukan bagi sesetengah fotografer, terutamanya bagi mereka yang baru mencebur diri dalam ‘hobi’ fotografi. Apakah makna jika sesuatu jenama kamera mengatakan 1.5x ‘crop factor’. Ada juga jenama yang spesifikasinya 1.6x, 2.0x ‘crop factor’.

‘Crop factor’, ‘focal length conversion factor’ atau ‘focal length multiplier’ ini mungkin terma-terma yang agak mengelirukan bagi ‘orang baru’(mungkin juga ‘orang lama’). Semua yang di sebutkan tadi adalah satu terma yang dari segi maksudnya adalah SAMA, iaitu satu terma yang digunakan untuk lensa sesebuah kamera digital SLR. Mengapa terma ini hanya digunakan untuk DSLR tetapi tidak untuk kamera filem SLR?

(more…)

Posted by Haidil | Tag:
  • adawiyah 7.6.2009 22:16:51 :
    :D assalamualaikum along..lamer x dengar berita.. ingat lagik x wiyah.. dok bentong?? wiyah ilang enset ..so number pun dh ilang... hihihi... do drop ur phone num at my email ok..? ikan_nemo@yahoo.com
  • Zack Kapcai 22.6.2009 23:34:12 :
    Good job my fren.... you should be a photographer lecturer. MMU nak bukak new majoring... Photography & Digital Imaging by 2010.... leh try apply sana... :)

Apa dia kamera!!! (What's camera all about)

Posted by admin | 8 August, 2008 | In Equipment, Learn To Shoot

Semua org tau apa itu KAMERA. Kalu ditanya budak2 pun tau apa guna kamera. Tambahan pula, sekarang ni dh mcm2 rupa dan bentuk kamera, daripada yg boleh digunakan untuk berkomunikasi n bergayut sampailah yg mmg digunakan untuk menghasilkan karya yg akan menjadi kenangan manis kepada sesiapa yg gemar untuk “ditangkap” gambarnya.

Abis tu!!! Apa dia ‘nate’ kamera ni? Kamera sebenarnya adalah sebagai alat (tool) dan tiada beza dengan berus seorang pelukis. Berus tidak menghasilkan sebuah lukisan yg cantik, tetapi pelukislah yg menghasilkannya. Begitu juga dengan kamera, bukan kamera yg buat gambar kita jadi cantik..tetapi “si tukang tangkap gambar” lah yg mengabadikan gambar yg baik. Oleh itu, jika semakin baik “tool” kita, maka semakin mudah dan luaslah potensi kita untuk berekperimentasi dgn “tool” tersebut.

Kita berbalik kepada kepada asas terjadinya sebuah kamera, kamera adalah satu “benda” yg mengawal kemasukkan cahaya dan cahaya “hinggap” ke atas filem atau sensor yg sensitif. Asalnya camera langsung tidak mempunyai lens yang dibuat drpd gelas. Kamera yg pertama sekali di duni hanyalah menggunakan lubang yg kecil untuk cahaya masuk dan imej hanya boleh dilihat(tidak kekal) di atas permukaan layar. Sesetengah dari kita mungkin pernah membuat eksperimen di dlm makmal sekolah pd masa zaman persekolahan dulu. Masih ingat lagi “kamera lubang jarum” (bkn mami jarum)..sebuah kotak kecil, empat segi sama..satu sudut di tebuk dgn jarum dan satu sudut lagi di letakkan kertas putih. Lubang yg ditebuk dihalakan ke objek (cth:pokok ditengah padang). Maka imej objek akan kelihatan di atas kertas yg diletakkan di sudut satu lagi.

Di zaman moden ini semua kamera menggunakan lens yg dibuat drpd gelas supaya cahaya lebih cepat untuk “ditangkap” dan imej juga boleh di besarkan. Filem atau ‘digital sensor’ adalah lebih sensitif terhadap cahaya. Kamera sekarang juga mempunyai ‘shutter’ dan ‘aperture’ untuk mengawal kemasukkan cahaya… Walaubagaimanapun, kamera tetap sebiji “kotak” yg mengawal dan “menangkap” setiap imej yg jatuh ke atas filem atau sensor untuk diabadikan.

Posted by admin | Tag:

This post currently has no response.