Ramai juga antara ahli keluarga, kawan-kawan dan sahabat yang hairan, mengapa aku begitu obses dengan basikal atau ‘gerek’ bagi orang utara. Aku rasa terlalu banyak sebab-sebab atau faktor yang mendorong aku untuk berbasikal kembali setelah sekian lama menyepi dari dunia basikal. Walaupun dulu ‘roadie’ dan sekarang ‘mountain biker’, namun alasan yang wajar aku berikan tetap sama. Salah satu sebab yang amat besar dan kukuh adalah atas faktor-faktor kesihatan. Doktor pakar aku dari salah sebuah hospital swasta yang agak terkenal, menyarankan aku supaya berbasikal semula atau berenang adalah sukan yang terbaik untuk aku ceburi.

"AKU & MEREKA DI KAKI STEROID HILL". Semakin ramai antara kita yang sedar akan kebaikan berbasikal. (Gambar ehsan dari Alimuddin Shahid a.k.a DON - alimuddin.blogspot.com)
Sebenarnya terlalu banyak sebab ‘mengapa aku berbasikal’, dan di atas sebab-sebab itulah mungkin tidak cukup aku membentangkan hanya satu ‘post’ saja dan aku akan terus memberi alasan-alasan yang kukuh ‘mengapa aku berbasikal’ di dalam ‘part 2′, ‘part 3′ dan seterusnya. Selagi aku ada alasan yang ingin diberi atau terjumpa artikel-artikel yang mempunyai fakta yang kukuh dan boleh di percayai, selagi itulah aku akan berkongsi dengan sesiapa saja, ‘MENGAPA AKU BERBASIKAL’.
1. Kos
Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit (Aku pernah sebut pasal ni DI SINI) . Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah, membeli pakaian yang mahal-mahal misalnya, padahal yang dah ada pun jarang dipakai, atau hanya dipakai sekali dan terus diperam di dalam almari…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM200-RM300 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).
2. Kemahiran
Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.
3. Kesihatan
Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-
- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain
Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama seperti di atas.
Setelah hampir sebulan mengayuh COMMENCAL aku, barulah terlintas di hati untuk mengambil gambar setiap sudut basikal ‘Made in Andorra’ ini. Mungkin aku teramat sibuk sejak kebelakangan ini, tapi, sebelum basikal ini menjadi bertambah ‘buruk’ lagi, baik aku abadikan dalam ‘digital format’..











Setelah hampir 2 tahun dengan MTB 'cap ayam'..akhirnya berjaya juga aku memiliki COMMENCAL normal-disc 2009
Aku masih ingat sekitar tahun 1991, tahun di mana aku berlatih ‘road bike’ bersama Abang Rani (coach Perak ketika itu & mungkin masih lagi). Pada masa tersebut aku hanya mampu membeli sebuah basikal ‘road’ yang berharga RM750.00 RM600.00(terpakai). Masa tersebut adalah zaman kegemilangan LOOK, COLNAGO, EDDY MERCX (aku sebut Eddy Mercik). Tapi apakan daya, setelah berpenat lelah melalui latihan akhirnya aku terpaksa menarik diri atas sebab-sebab peribadi sebelum sempat aku mewakili negeri Perak untuk sukan lumba basikal. Kawan-kawan yang turut sama berlatih dulu seperti Yus, Kimi, Abi dan ramai lagi memang telah lama aku terputus hubungan. Seingat aku, cuma Kimi aku pernah bertembung 3-4 tahun lepas dan dia sekarang menjadi tenaga pengajar di salah sebuah politeknik tempatan, dan dia juga ’senasib’ dengan aku, dah lama tak ‘kayuh’.
Setelah hampir 16 tahun aku meninggalkan dunia ‘cycling’ (stamina pun dah lenyap)dan hampir dua tahun juga aku menunggang MTB (tukar angin, dari ‘roadie’ ke MTB) yang harganya tidak sampai RM1k atau mungkin sesetengah orang menggelarkannya ‘cap ayam’. Tapi pada aku walaupun ‘cap ayam’ ia tetap memerlukan wang untuk membelinya, dan tidak akan dapat secara percuma walaupun meleleh air mata darah di depan kedai basikal sekali pun. Selama hampir 2 tahun itulah, aku bersabar dan tetap mengayuh jentera tidak berenjin ini diwaktu terluang, sama ada malam(guna ‘blinker’ murah, beli kat TESCO) ataupun siang. Dulu, kalau nak mengayuh dengan orang lain yang jauh lebih ‘branded’ basikalnya, mungkin menjadi satu keberatan atau keseganan bagi aku, tapi sekarang dengan izin ALLAH, dapat juga aku memiliki satu lagi harta dunia yang aku manfaatkan semata-mata untuk RIADAH atau bak kata orang sekarang ‘exercise’, dan mungkin untuk ‘Jamboree’ atau ‘Race’ sekali-sekala.
Mungkin pada sesetengah orang bidang sukan basikal ini adalah satu hobi yang agak mahal..”Apa!! Beli basikal sampai 800 sampai 1000 sampai 2000″..dan ada juga yg mencecah sehingga puluhan ribu. Berbaloikah menghabiskan wang yang sebegitu banyak? Pada aku, kita berbelanja atas dasar kemampuan. Kalau mampu menghabiskan belasan atau puluhan ribu ringgit dan kalau boleh tanpa berhutang…Apa salahnya? Lagi mahal basikal, lagi baguslah ‘performance’ basikal tersebut. Tapi jika harga basikal saja dah boleh buat wang pendahuluan kereta baru…’kayuh’ atau ‘ride’ sebulan sekali pun susah, maknanya, tiada apa yang boleh di banggakan. Kita kena ingat, basikal mahal bukan sama macam motorsikal atau kereta mahal. Kenderaan berenjin lagi mahal, maka lagi baguslah ‘performance’. Tapi tidak dengan basikal, sebab, tuan punyalah ‘enjin’nya.Benda ni memang jadi peringatan buat diri aku dari dulu lagi, mungkin kebetulan dulu aku memang tak mampu nak beli basikal yang ‘branded’…’Kayuh’ kena rajin, walaupun aku sendiri pun terlajak sampai dua minggu tak ‘kayuh’, sama ada penyakit ‘malas’ atau sibuk dengan hal-hal lain yang lebih penting.
Berbalik pada cerita anggapan sesetengah orang mengatakan sukan basikal ni mahal… Pada aku, memang mahal…peralatan sukan yang berkualiti memang mahal. Kalau kita memilih jogging sebagai riadah, kasut jongging yang bagus paling murah dalam dua ratus ke atas. Kalau kita pilih sukan yang lebih berprestij, seperti golf, berapa harga set golf yang paling murah? Berapa pula harga kalau kita menyertai keahlian mana-mana kelab? Mungkin semua tu sekali ‘investment’ sahaja, bagaimana pula setiap kali ‘game’? Mungkin juga aku berminat nak bermain golf, tapi buat masa ni tiada keperluan yang aku sepatutnya berbanding dengan kawan dan sahabat aku yang menceburi bidang sukan tersebut.
Satu saja yang perlu aku ingat, tak kira apa jua riadah atau sukan yang aku ceburi, matlamatnya adalah satu…KESIHATAN…
If you have health, you probably will be happy, and if you have health and happiness, you have all the wealth you need, even if it is not all you want.
What does Islam say about sports and exercise? My MTB buddy Alimuddin a.k.a DON discuss it HERE