//
RSS Feed Front Page
me

"Haidil Mustafa MD a.k.a Aidil Mustafa MD, is a Kuala Lumpur base photographer...Engineering graduate in 1998 from local university and now pursuing his study in the same field."

"...photographing since 1997 and doing it seriously since 2000. He shot for his siblings and friends long before taking it up professionally. Starting from just a simple hobby to fully passionate..."

"...enjoys cyling, mountain biking, computer programming and any related with computer, technology savvy and BIG fan of DIY(DoItYourself)..."

More about me »

Official Wedding Photography Website »

KAWALAN(Camera Control) – Asas 'Shutter Speed' Part 2 of 3

Posted by admin | 23 September, 2008 | In Camera Control, Learn To Shoot

Petunjuk Wajar (Rule of Thumb)

Cara mudah untuk mengetahui ‘shutter speed’ yang perlu dilaraskankan apabila menggunakan berbagai saiz ‘lens’, tanpa menggunakan tripod ialah dengan cara menggunakan nombor saiz ‘lens’. Sebagai contoh, ‘lens’ 200mm boleh digunakan tanpa tripod adalah pada ‘shutter speed’ 1/200 saat atau lebih. Asasnya, penggunaan tanpa tripod adalah dinasihatkan tidak kurang dari 1/60 saat kecuali kita pasti tangan kita dapat menahan gegaran apabila ‘shutter speed’ kurang daripada 1/60 ATAU kamera atau ‘lens’ yang digunakan mempunyai keistimewaan penstabil imej (image stabilization (Canon IS)) atau pengurang gegaran (vibration reduction (Nikon VR)).


AF-S VR Zoom-Nikkor 70-200 f/2.8G IF-ED

Melaras ‘Shutter Speed’

Seperti diketahui, ‘shutter speed’ dilaras menggunakan dail yang telah ditentukan di kamera. Secara amnya, kebanyakkan kamera baru yang berada di pasaran sekarang, ‘shutter speed’ dapat dilihat di paparan LCD dan fotografer memusing dail yang terletak dekat dengan ‘shutter release button’ untuk mendapatkan ‘shutter speed’ yang dikehendaki. Sementara kamera-kamera lama (kebanyakkannya filem), ‘shutter speed’ terletak di atas dail ‘shutter’ itu sendiri. Untuk ‘Point n Shoot’ kamera, bukan semua jenis kamera ini dapat dilaraskan ‘shutter speed’ seperti yang dikehendaki, malah kita perlu memahami dan mengetahui mod praprogram (preprogrammed modes) di kamera tersebut. Kebanyakkan kamera SLR atau DSLR juga mempunyai mod praprogram ini.


‘SHUTTER SPEED’ PADA DAIL ‘SHUTTER’ KAMERA LAMA

ASAS MOD PRAPROGRAM UNTUK KAWALAN ‘SHUTTER SPEED’

Hampir semua kamera automatik sekarang mempunyai mod praprogram yang mudah digunakan. ‘Action’, ‘Landscape’, ‘Night’ dan ‘Potrait’ adalah antara mod yang popular yang diprogramkan oleh pembuat kamera. Mod ini dapat sanagt berguna dan dapat dimanfaatkan terutamanya apabila kita tahu masa yang sesuai untuk digunakan.

Action
Mod ini digunakan apabila kita perlu menggunakan ‘shutter speed’ yang tinggi (high shutter) dan kita juga bergantung kepada situasi cahaya. Di dalam mod ini kita tidak dapat melaraskan ‘shutter speed’ yang diinginkan, tetapi mod ini dapat mengurangkan risiko gambar kabur (blurry image) akibat penggunaan ‘shutter speed’ yang perlahan (slow shutter).

Landscape
Mod ini secara asasnya adalah berlawanan dengan mod sebelumnya (Action). ‘Lansdcape’ diprogram untuk memberi ‘aperture’ yang paling kecil (nombor ‘f-stop’ yang besar) contohnya f22, untuk memastikan keseluruhan imej atau ‘depth of field’ adalah jelas. Ini bermakna ‘shutter speed’ akan lebih perlahan (slow shutter). Jika kamera kita tiada mod ‘Manual’, mod ‘Tv’(Canon) atau mod ‘S’(Nikon) dan ingin mengambil imej waktu malam atau imej pergerakkan kabur (blurred motion image), kita boleh mencuba mod ‘Landscape’.

Night
Mod ‘Night’ bukan hanya meggunakan ‘slow shutter’, tetapi juga kamera akan secara automatik tidak akan mengeluarkan ‘flash’(kecuali untuk ‘flash sync). Mod ini juga akan menggunakan kelajuan filem atau sensor (ISO) yang sesuai (selalunya yang paling tinggi).


CONTOH IMEJ MOD ‘NIGHT’ (Shutter Speed 1/2 saat, Aperture f3.2)

Potrait
Mod ‘Potrait’ diprogramkan untuk latarbelakang (background) yang kabur (shalow depth of field) dan subjek utama kelihatan jelas. Mod ini menggunakan ‘Aperture’ yang besar (nombor ‘f-stop’ yang kecil) contohnya f2.8. ‘Shutter speed’ secara automatik dilaraskan laju (fast shutter speed).

CONTOH IMEJ MOD ‘POTRAIT’ (Shutter Speed 1/800, Aperture f4)- Latarbelakang (background) yang kabur (shalow depth of field) dan subjek utama kelihatan jelas

Posted by admin | Tag:

This post currently has no response.

KAWALAN(Camera Control) – Pengenalan 'Shutter Speed' Part 1 of 3

Posted by admin | 17 September, 2008 | In Camera Control, Learn To Shoot

‘Shutter Speed’ adlh salah satu kawalan asas yg sngt penting utk kamera. ‘Shutter Speed’ mengawal kadar masa untuk filem atau ‘digital sensor’ didedahkan kepada cahaya. Shutter adlh lapisan plastik yg kecil yg terbuka (bergantung kepada setting masa) apabila “shutter release” button ditekan. (Kamera SLR atau DSLR shj yg ada benda ni, kalo kat PNS shutter dia lain sikit)

“Shutter Speed’ secara amnya dikira dlm saat. ‘Shutter Speed’ “2500″ di dlm kamera, bermakna shutter akan terbuka selama 1/2500 saat, Shutter Speed 1 saat atau lebih lama lagi, selalunya diletakkan tanda ‘ (cth: 1′, 2′ 3′, 10′). Ini bermakna, jika 16′ pada display kamera, shutter akan terbuka selama 16 saat. Huruf “B” atay “Bulb” biasanya bermaksud, shutter akan sentiasa terbuka selagi kita menekan ’shutter release button’.

Slow shutter speed=Shutter speed dikira “slow” atau “lama” apabila speed kurang drpd 1/60 saat (Didlm display kamera adlh 60). Ini ditentukan kerana kebnykkan drpd kita, selalunya menggunakan ‘lens standard’ (antara 35mm ke 70mm). 1/60 adlah selalunya gambar msh tak blurr lagi. Kalau 1/30, 1/25, 1/15..selalunya gbr akan menunjukkan tanda2 blur (tripod adlh pilihan terbaik).


CONTOH GAMBAR SLOW SHUTTER ( shutter speed 1/5 saat, aperture f5.6), lampu pada kenderaan seakan berekor (light trail).

Fast shutter speed=selalunya 1/500 saat adlh dikira didlm kategori ini, kalau dh mcm ni selalunya objek akan pegun(freeze) atau pergerakkan (motion) akan terhenti.


CONTOH GAMBAR FAST SHUTTER ( shutter speed 1/640 saat, aperture f2.8), budak di buaian kelihatan pegun (freeze)

Posted by admin | Tag:

This post currently has no response.