Manual
Pelarasan(setting) manual di tandakan dengan huruf “M” dan sememangnya pelarasan yang hanya ada pada kamera manual. Mod manual bermakna, anada akan menentukan sepenuhnya pelarasan pada kamera. Jika anda melaraskan ‘shutter speed’ pada kamera manual, anda juga perlu untuk melaraskan ‘aperture’ untuk mendapatkan dedahan (exposure) yang betul. Gunakan meter cahaya (light meter) pada kamera anda untuk mendapatkan dedahan yang seimbang dan betul.

Shutter Priority
Pelarasan ‘shutter priority’ biasanya di tandakan dengan “Tv”(Canon) dan “S”(Nikon). Ini bermakna, kawalan shutter speed adalah dikawal sepenuhnya oleh anda, dan nilai ‘aperture’ dikawal secara automatik oleh kamera.
Program
Mod ini biasanya ditandakan dengan “P” dan tidak semua kamera mempunyai mod ini. Di dalam mod ini, kamera anda akan bertindak balas dengan pelarasan yang telah di tentukan oleh anda di dalam menu. Secara amnya, mod ini membenarkan anda melaraskan ‘shutter’ atau ‘aperture’ sementara kamera akan menentukan pelarasan yang lain untuk memastikan dedahan (exposure) yang sepatutnya.

Shutter : 1/125sec, Aperture : f/4.8 . Air nampak lembut dan ‘blurry trail’ kelihatan apabila ’shutter speed’ dikurangkan. (Untuk air kelihatan pegun-Panduan di bawah adalah 1/350)
Asas Keadaan Penentuan ‘Shutter Speed’
Sekarang anda telah memahami serba sedikit apakah shutter speed dan bagaimana untuk mengawal ‘shutter speed’. Mungkin anda memerlukan panduan ‘shutter speed’ yang diperlukan untuk situasi berbeza. Berikut beberapa idea, bagaimana anda sepatutnya bermula untuk menentukan ‘shutter speed’ di dalam situasi tertentu. ‘Shutter speed’ yang di cadangkan di bawah adalah untuk memegunkan (freeze) aksi yang anda rakamkan. Jika anda ingin aksi tersebut kabur (blurry), kurangkan kelajuan ‘shutter speed’.
Nota : Ini hanyalah panduan sahaja. Gambar yang dihasilkan masih tertakluk pada aspek-aspek lain seperti ‘aperture’, ‘ISO setting’ dan lain-lain lagi.
• Bola golf – 1/3200
• Kanak-kanak berlari – 1/350
• Hoki/Softball – 1/350
• Orang melompat – 1/250
• Percikan air – 1/350
• Bolasepak – 1/400
Gambar Kiri : Shutter 1/350, Aperture f/4.5(Objek Kelihatan Pegun(Freeze)). Gambar Kanan : Shutter 1/80, Aperture f/7.1(Blurry Motion)











