//
RSS Feed Front Page

Mengapa Aku Berbasikal?-Part 1

Posted by Haidil | 8 May, 2009 | In Cycling, Mengapa Berbasikal?, Monolog

Ramai juga antara ahli keluarga, kawan-kawan dan sahabat yang hairan, mengapa aku begitu obses dengan basikal atau ‘gerek’ bagi orang utara. Aku rasa terlalu banyak sebab-sebab atau faktor yang mendorong aku untuk berbasikal kembali setelah sekian lama menyepi dari dunia basikal. Walaupun dulu ‘roadie’ dan sekarang ‘mountain biker’, namun alasan yang wajar aku berikan tetap sama. Salah satu sebab yang amat besar dan kukuh adalah atas faktor-faktor kesihatan. Doktor pakar aku dari salah sebuah hospital swasta yang agak terkenal, menyarankan aku supaya berbasikal semula atau berenang adalah sukan yang terbaik untuk aku ceburi.

"DI KAKI STEROID HILL". Semakin ramai antara kita yang sedar akan kebaikan berbasikal. (Gambar ehsan dari Alimuddin Shahid a.k.a DON)

"AKU & MEREKA DI KAKI STEROID HILL". Semakin ramai antara kita yang sedar akan kebaikan berbasikal. (Gambar ehsan dari Alimuddin Shahid a.k.a DON - alimuddin.blogspot.com)

Sebenarnya terlalu banyak sebab ‘mengapa aku berbasikal’, dan di atas sebab-sebab itulah mungkin tidak cukup aku membentangkan hanya satu ‘post’ saja dan aku akan terus memberi alasan-alasan yang kukuh ‘mengapa aku berbasikal’ di dalam ‘part 2′, ‘part 3′ dan seterusnya. Selagi aku ada alasan yang ingin diberi atau terjumpa artikel-artikel yang mempunyai fakta yang kukuh dan boleh di percayai, selagi itulah aku akan berkongsi dengan sesiapa saja, ‘MENGAPA AKU BERBASIKAL’.

1. Kos

Basikal bukanlah sukan yang sebenarnya memerlukan pergorbanan belasan atau puluhan ribu ringgit (Aku pernah sebut pasal ni DI SINI) . Jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang lebih banyak kita bazirkan untuk benda yang tak berfaedah, membeli pakaian yang mahal-mahal misalnya, padahal yang dah ada pun jarang dipakai, atau hanya dipakai sekali dan terus diperam di dalam almari…janganlah kita begitu berkira untuk membeli hanya sebuah basikal. Basikal boleh didapati seMURAH RM200-RM300 sahaja. Mungkin dalam kategori harga ini kita hanya boleh berkayuh sekitar kawasan kampung atau di dalam kawasan perumahan yang kita diami. Aku rasa ini adalah permulaan yang baik sebelum kita ‘melabur’ kepada basikal yang lebih mahal lagi atau yang lebih spesifik  kepada cara atau minat kita (’road’ atau ‘mountain bike’).

2. Kemahiran

Basikal pada asasnya tidak memerlukan aku untuk mempunyai kemahiran yang tinggi, kecuali aku ingin menceburkan diri ke arah ‘free ride’, ‘trial bike’, ‘dual slalom’, ‘dirt jump’ dan sebagainya. Kemahiran mengayuh basikal telah ada, sejak aku di bangku sekolah lagi. Kemahiran ini juga boleh aku katakan, 90% penduduk dunia menguasainya. Tiada sebab untuk kita mengatakan, SUSAH untuk mengayuh basikal, kecuali MALAS atau memang kita dari kecil lagi tak tahu mengayuh basikal.

3. Kesihatan

Ini adalah sebab utama aku dan mungkin orang lain, mengapa kami berbasikal. Mungkin aku akan huraikan dengan lebih lanjut di dalam ‘part-part’ yang lain, tapi secara ringkasnya adalah:-

- Mengawal berat badan
- Baik untuk jantung dan keseluruhan sistem kardiovaskular
- Memperbaiki sistem imunisasi, otot tulang belakang dan lain-lain

Segala kebaikan ‘mengapa aku berbasikal’ hanya akan berhasil jika aku terus ‘istiqomah’ atau secara tetap dan konstan dan bukannya hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin setiap hari aku perlu mencari motivasi untuk ‘ride’, tapi motivasi aku paling tinggi adalah ‘NAK SIHAT’ dan inilah sebab yang paling utama seperti di atas.

3 Respon to » “Mengapa Aku Berbasikal?-Part 1”

  1. hassan berkata:

    menyesal kawan ngan hang :(

  2. Haidil berkata:

    Hang nyesai kawan ngan aku xpa..janji sihat..la ni hang dh blh rempit bila ‘climb’..POWER ROOT tu..wakaka :lol:

  3. ammo berkata:

    bab paling utama ialah sebab berbasikal tu fun dan untuk kesihatan diri. gua caya sama lu bro!

Sign-up now!!! and Get FREE gravatar from www.gravatar.com

Leave a Reply