//
RSS Feed Front Page

'Crop Factor'- Satu Penjelasan

Posted by Haidil | 14 May, 2009 | In Camera, Equipment, Learn To Shoot

“Crop Factor” adalah salah satu istilah yang agak mengelirukan bagi sesetengah fotografer, terutamanya bagi mereka yang baru mencebur diri dalam ‘hobi’ fotografi. Apakah makna jika sesuatu jenama kamera mengatakan 1.5x ‘crop factor’. Ada juga jenama yang spesifikasinya 1.6x, 2.0x ‘crop factor’.

‘Crop factor’, ‘focal length conversion factor’ atau ‘focal length multiplier’ ini mungkin terma-terma yang agak mengelirukan bagi ‘orang baru’(mungkin juga ‘orang lama’). Semua yang di sebutkan tadi adalah satu terma yang dari segi maksudnya adalah SAMA, iaitu satu terma yang digunakan untuk lensa sesebuah kamera digital SLR. Mengapa terma ini hanya digunakan untuk DSLR tetapi tidak untuk kamera filem SLR?

Apa yang akan cuba diterangkan di sini adalah, terma ‘crop factor’ adalah satu ‘benda’ yang mudah di fahami dan selepas ini terma ini tidak akan mengelirukan atau menyusahkan bagi sesiapa juga yang menggunakan DSLR.

Digital SLR vs Filem SLR

Jika anda pernah menggunakan filem SLR, semua kamera filem adalah dalam kategori ‘full frame’ atau lebih dikenali dengan filem 35mm. Perbezaan yang paling utama antara digital SLR dengan filem SLR ialah..Kamera Digital, imej akan diabadikan menggunakan ‘SENSOR, manakala kamera filem SLR, imej akan tersimpan di atas atau di dalam filem itu sendiri.

‘Sensor’ Kamera Digital SLR adalah lebih kecil daripada kamera filem SLR. Apabila ada orang bercakap mengenai DSLR ‘full frame’, itu bermakna saiz ‘sensor’ DSLR tersebut adalah sama dengan saiz kamera filem SLR.

crop-factor-copy

Gambar di atas adalah contoh ‘crop factor’. Setiap warna bingkai atau ‘frame’ mewakili ‘crop factor’, jenama dan model kamera yang berlainan.

crop-factor

Secara ringkas, apa yang cuba diterangkan di dalam imej di atas, jika lebih kecil ‘sensor’ kamera, maka semakin kecil imej yang akan diperolehi. Imej dari digital SLR akan di ‘crop’ oleh ‘sensor’ kamera tersebut. Disebabkan inilah wujudnya terma ‘CROP FACTOR’.

Apa yang boleh dilakukan jika masih ingin mendapat imej seperti ‘full frame’ atau yang lebih besar lagi? Secara mudahnya, fotografer boleh berundur kebelakang untuk mendapat imej yang semakin besar atau memenuhi ruang ‘sensor’ kamera.

Cara mengira ‘crop factor’

Perlu diingat!..Apabila ‘sensor’ telah meng’crop’ imej..imej tersebut juga telah di’zoom’kan oleh ‘sensor’ tersebut. Jika lens Nikon 28mm dipasang pada kamera filem SLR, ianya boleh dikategorikan sebagai ‘wide angle lens’ dan akan mendapat imej penuh 28mm. Tetapi apabila dipasang pada kamera DSLR, saiz imej akan berubah ke 42mm. Pengiraannya adalah seperti berikut atau yang telah disediakan seperti jadual di bawah.

Crop Factor Nikon = 1.5x
Full Frame Lens = 28mm

28mm x 1.5 = 42mm

crop-factor-conversion-chart

Kesan ‘crop factor’

Anda merasakan satu masalah dengan kamera yang mempunyai ‘crop factor’ yang tinggi? Sebenarnya terdapat kelebihan dan kekurangan yang anda akan alami dengan ‘crop factor’ ini. Antaranya adalah:-

Kelebihan:

  • Kawasan efektif bagi lens adalah kawasan yang di tengah-tengah lens tersebut. Jika anda perhatikan betul-betul, kamera yang menggunakan ‘full frame’ anda akan dapati, kawasan di sekitar tepi gambar agak ‘soft’ jika dibandingkan dengan kawasan tengah yang agak ‘sharp’. (teknologi kamera sekarang telah banyak memperbaiki situasi ini)
  • Jika menggunakan telephoto lens, ‘crop factor’ akan membuatkan imej di dalam lens akan menjadi bertambah “zoom”. Ini akan menjadi satu kelebihan yang berguna jika fotografer mengambil gambar sukan.

Kekurangan:

  • Bertambah ‘focal length’ (contohnya dari 50mm ke 80mm), maka akan bertambah potensi gambar untuk menjadi kabur atau ‘blur’.
  • ‘Grainy effect’ dari ISO akan bertambah pada imej,walaupun kedudukan ISO dilaraskan pada tahap yang sama di antara ‘full frame’ dan bukan ‘full frame’.

‘Crop factor’ tidak menjadi masalah (mungkin satu kelebihan) jika anda menggunakan kamera untuk :

  • Mengambil gambar aksi sukan
  • Macro
  • Hidupan liar

dan mungkin akan terasa satu masalah apabila fotografer menngambil gambar:

  • Hiasan dalaman
  • ‘Group photo’ yang besar
  • Mengambil gambar pemandangan(landscape) yang luas.

Walaupun ‘crop factor, mungkin menjadi satu masalah yang kecil sahaja bagi fotografer, hakikatnya tiada apa yang boleh membatasi kreativiti atau keghairahan seseorang fotografer untuk terus menghasilkan gambar yang indah dan tidak jemu memandangnya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tutorial di atas, sila masukkan ke dalam ruangan komen di bawah.

2 Respon to » “'Crop Factor'- Satu Penjelasan”

  1. adawiyah berkata:

    :D assalamualaikum along..lamer x dengar berita.. ingat lagik x wiyah.. dok bentong?? wiyah ilang enset ..so number pun dh ilang… hihihi… do drop ur phone num at my email ok..? ikan_nemo@yahoo.com

  2. Zack Kapcai berkata:

    Good job my fren…. you should be a photographer lecturer. MMU nak bukak new majoring… Photography & Digital Imaging by 2010…. leh try apply sana… :)

Sign-up now!!! and Get FREE gravatar from www.gravatar.com

Leave a Reply