
Walaupun PDA ‘touch screen’ menjadi pilihan ramai, tapi Nokia terus ‘berani ‘untuk mengeluarkan model PDA atau smartphone yang masih lagi perlu menekan butang. Blackberry Storm dan juga iPhone antara yang popular menggunakan ’touchscreen’ buat masa ini. Bukan semua kita gemar menngunakan ‘touchscreen’..Kebanyakkan pengguna E71 sukakan ‘real buttons’ yang ada pada telefon tersebut. Pada pendapat aku, jika ‘touchscreen’ digabungkan dengan ‘real button’, lagi bagus. Seperti Sony Ericsson “P” series yang agak terkenal satu masa dulu. Tapi sayang, E71, iphone & Blackberry Storm hanya memberikan satu fungsi input saja, ’touchscreen’ ATAU ’real buttons’. Jika ada yang berminat untuk menggunakan kedua-dua fungsi ini, bolehlah ’test drive’ Nokia N97, semalam aku baru saja ‘test drive’ sahabat aku yang baru dua minggu menggunakan N97. Secara keseluruhannya…MEMANG BEST dan yang pasti HARGA pun boleh dapat dua set E71!!!.
Kehangatan atau kepopularan Nokia E71 masih lagi dirasai oleh penggemar smartphone ini, atau mungkin masih menjadi idaman sesetengah orang untuk memlikinya. Belum sempat pengguna E71 men’explore’ telefonnya (walaupun ramai yang guna smartphone hanya untuk ’call’ dan SMS atau untuk bergaya sahaja)..Sekarang sudah pun keluar model baru, E75 dan Nokia N97. Bagi yang memerlukan navigasi GPS, E71, E75, N97 dan yang terbaru E72, anda boleh men’install’ software “GARMIN”, (satu jenama alat sistem navigasi GPS yang agak terkenal buat masa ini).
Mungkin yg baru membeli E71 menarik nafas lega, sebab, N97 datang dari ”N” series manakala E75 pulak adalah dari jenis ’slide’ dan bukan jenis ’monoblock’..dan sudah tentu harga pun lebih tinggi jika dibandingkan dengan E71. Selepas E75 dan N97 masuk ke kedai telefon, harga E71 pun agak merudum sedikit. Masa yang sesuai untuk sesiapa yang mengidam E71 selama ini.
Aku rasa, kepada sesiapa yang dah bercita-cita untuk membeli E71 ni…SABAR..kerana masa yang paling sesuai adalah apabila Nokia E72 yang akan(sudah?) keluar di pasaran pada suku ketiga tahun ini (sekarang). Semalam, aku cuba untuk melihat-lihat di sekitar kedai-kedai telefon, yg ada cuma, cuma E71 dan N97, masih belum kelihatan ’kelibat’ E72 yang hangat diperkatakan baik di forum-forum atau blog-blog berbahasa ’English’ di Internet.
Faktor harga, mungkin E72 akan mengambil alih harga E71 semasa baru keluar dulu.. atau mungkin akan lebih tinggi. Sebab apa aku mengatakan harga mungkin akan lebih tinggi? Cuba kita bandingkan spesifikasi yang membuatkan kita ’boleh menunggu’ untuk E72.
KELAJUAN PEMPROSES (CPU SPEED)
Kelajuan E72 hampir ’double’ jika dibandingkan dengan E71. E72 menggunakan 600 MHz CPU dibandingkan dengan E71 yang hanya menggunakan 369 MHz CPU. Secara ringkasnya, E72 mempunyai kelajuan yang lebih tinggi dari E71, dan sudah tentu paparan pengguna (user interface) akan lebih pantas untuk memaparkan setiap aplikasi di dalam telefon ini.
’KEYPAD’
E72 mempunyai ’key’ yang sedikit besar jika dibandingkan dengan E71. Tapi ’spacebar’ pada E72 dikecilkan. Naik taraf yang paling ketara adalah, Nokia membuat penambahan ’optical trackpad’ pada E72.
RUANG SIMPANAN (STORAGE CAPACITY)
E72 mempunyai simpanan dalaman (internal storage) 140MB, jika dibandingkan dengan E71 yang hanya mempunyai 110MB. RAM (Random Access Memory) masih sama untuk kedua-duanya, iaitu 128MB. Simpanan tambahan (expandable storage) untuk untuk kedua-duanya adalah sekali ganda berbeza, E71 hanya mampu menampung (support) 8GB ‘memory card’, manakala E72 boleh menampung hingga 16GB!!!.
’HEADSET JACK’
Ini adalah antara spesifikasi yang paling dinantikan oleh peminat ’smartphone’ yang menjadikan telefon mereka untuk mendengar muzik. ’Headset jack’ E71 hanya 2.5mm, manakala E72 bersaiz 3.5mm. 3.5mm adalah saiz ’standard’ atau universal yang digunakan oleh kebanyakkan ’walkman’ atau ’MP3 player’ yang lain. Pendengar muzik yang mementingkan kualiti bunyi, mungkin boleh menggunakan ’headphone’ atau ’earphone’ dari jenama lain yang lebih berkualiti tinggi.
BATERI
Walaupun E72 mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi daripada E71, tetapi jangka hayat bateri E72 adalah lebih lama jika dibandingkan dengan E71 walaupun jenis bateri adalah sama iaitu Li-Po 1500 mAh (BP-4L). E72 ’stanby time’ 480 jam, E71 hanya 410 jam. E72 ’talktime’ 12 jam 30 minit, manakala E71 hanya 10 jam 30 minit.
KAMERA
Kamera juga turut dinaiktaraf oleh Nokia untuk E72. E71 mempunyai 3.2 megapiksel dan E72 5.0 megapiksel. Walaupun 3.2 megapiksel sudah amat memadai untuk menghasilkan gambar bersaiz A4 dengan ’cemerlang’, tapi E72 sudah pasti akan menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik lagi.
SAMBUNGAN DATA
Ini lagi satu kelebihan yang amat ketara antara kedua-dua telefon ini. E71 hanya mempunyai HSDPA 3.6Mbps (High Speed DOWNLOAD Packet Access), manakala E72 pula mempunyai HSDA 10.2Mbps dan juga mempunyai HSUPA 2Mbps (High Speed UPLOAD Packet Access). Ini bermakna E72 bukan hanya mempunyai ’speed download’ yang jauh lebih tinggi dari E71, tetapi ditambah lagi dengan ’speed upload’ yang memadai untuk masa sekarang.
Kepada sesiapa yang masih bercita-cita untuk memiliki E71, walaupun selepas selesai membaca artikel di atas, aku rasa E71 masih berbaloi untuk dibeli, kerana apabila E72 berada di pasaran, sudah tentu harga E71 akan lebih merudum dan kepada yang tak kisah untuk menggunakan E71 yang terpakai, sudah pasti stok E71 ’secondhand’ akan berada di mana-mana saja kedai telefon (mungkin banyak yang masih mempunyai ’warranty’ lagi). Kadang-kadang aku terfikir, kalau kita terus menunggu teknologi baru akan keluar walhal kita memang perlu dan sepatutnya menggunakan teknologi tersebut…sampai bila pun kita tidak akan membeli gajet atau alat yang memang KITA PERLU!!!.
SUMBER : Nokia Malaysia











June 30th, 2009 at 7:46 am
Wah… abg Haidil sekarang buat review Handphone pulaks…. bagus!! bagus!! review phone lain ada bang..? SE ke… Samsung ke… Blackberi Storm pun besh gak…!!!! Comment sikit pasal software Garmin….
July 28th, 2009 at 8:47 pm
bila nak buat review nikia 3210 aku
August 9th, 2009 at 10:41 pm
berapa ae harga e72 kalu keluar di pasaran nnt?
August 10th, 2009 at 5:24 pm
sy rasa lbh kurang harga masa E71 mula2 keluar dulu la..RM1500 plus minus
August 27th, 2009 at 12:37 pm
salam… aku pengguna setia nokia.. skrg pakai E75.. so far so gud.. cuma skrin kecik arr.. x leh lwn screen iphone.. huhuhu..
so.. nk pakai apa? anda yg memilihnyer.. hehehe
tp aku x brapa suker guna touchscreen.. sbb tue still nk yg ada kpad.. dr segi technology.. iphone mmg terkehadapan…
October 20th, 2009 at 3:01 am
saye dah order e72. harge di pasaran RM1690.
rugi jika beli e71. E72 lengkap utk di pakai selama 2 tahun akn dtg.
so berbaloi. walaupun tidak sehebat iphone 3g.
tp jika dibandingkan harga. E72 lebih memuaskan.
October 29th, 2009 at 12:15 pm
bro…tolong promo kan Pendang jamboree leh tak? tumpang letak banner kat blog nie bleh tak? image url http://img202.imageshack.us/img202/4210/picture
February 9th, 2010 at 6:47 am
antare blackberry n e71 mne bagos?
March 11th, 2010 at 11:08 pm
Slm, bro,internal storage E72 = 250mb la, bukan 140mb.. sekian dimaklumkna